Followers

Sunday, December 9, 2007

restoran rasa-rasa



alhamdulilah, selepas tertangguh sekian lama, restoran rasa-rasa kami akhirnya mula beroperasi pada 26hb november 2007. kami beroperasi di 25-1, jalan pju5/11, dataran sunway, kota damansara. kami menyediakan pelbagai jenis masakan melayu tradisional dan juga moden. datanglah untuk menikmati masakan asam pedas pari, masak lemak keli cili padi, ikan bakar cicah air asam, ikan keli goreng berlada, masak lemak pucuk manis dan pelbagai lagi masakan tradisi melayu. pada hari minggu kami menyediakan nasi dagang sebagai menu tambahan istimewa.

untuk ke restoran kami agak mudah bagi penduduk sekitar kota damansara, taman tun dr.ismail dan damansara utama kerana ia dihubungi terus melalui jalan utama. kepada yang dari luar kawasan peta ke 3R(Restoran Rasa Rasa) seperti dalam gambar.

No comments: