Followers

Monday, December 10, 2007

terima kasih untuk semua




syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya cita-cita kami sekeluarga untuk menguruskan sebuah restoran sendiri akhirnya tercapai. sebagai sebuah keluarga yang besar ditambah pulak dengan keluarga ipar duai, semuanya membantu dari segala bentuk untuk melahirkan sebuah restoran yang diberi nama Rasa-Rasa. terima kasih yang tak terhingga kepada kedua-dua ibu-ibu dan bapa-bapa, adik-beradik yang sentiasa menyokong usaha ini. tanpa bantuan kalian semua, mungkin Rasa-Rasa masih belum wujud. walaubagaimanapun, sebenarnya perjalanana Rasa-Rasa baru saja bermula. masih banyak dugaan dan halangan yang akan mendatang. dengan berkat doa kalian kalian, insyallah kami akan menjadikan Rasa-Rasa sebagai asas untuk kejayaan dunia dan akhirat bagi kita semua dan umat islam keseluruhannya.

No comments: